Bismillahi walhamdulillah, Sabtu, 8/6/13, jam 1.00pm siap masak mee bandung utk osmet yg comel. ^_^ ini kali ke 4 dah masak tp x masukkan dalam blog resepinya.. huhu.. mmg simple je.. mcm biase bahan2 ape yg ade di irbid je lah.. jnji sdap dan boleh masuk dlm perut.. haaa, kalau nak tahu mee bandung ni 1st time sy masak hanya untuk 4 orang. selalunya, kalau open house masa aidilfitri baru saya masak bg byk, satu periuk yg besar.. kalo x mee hailam je..
Nanti boleh la kawan2 cuba resepi ni, memang sedap lah, sekejap je masaknya kalau dah cuba kongsi2lah pada rakan yang lain, saya ada search juga kat google resepi ni, macam same je tp ade beza skit..
Ni bahan-bahan yg simple yang ada di Jordan:-
3 ulas bawang putih - hiris nipis-nipis
1 labu bawang besar (sederhana kecil) - hiris nipis-nipis
serbuk cili - dalam satu sudu besar bancuh dengan sedikit air.(cabai hidup dan cili kering habis jadi sy gunakan serbuk cili jer)
ayam/ daging/ - dalam 4/5 ketul potong kecil2.. pun ok
kicap manis - ikut citarasa
sos tiram - 2 sudu besar
lobak merah - 1 biji, hiris panjang2
perencah hilal - secukup rasa
air - cukup untuk periuk sederhana kecil
kentang yang telah direbus - 2 ketul besar (kalau di Malaysia dalam 4 ketul)
tepung jagung ( kalau nak masukkan) saya x masukkan.
telur ayam - 2/3 biji
garam - secukup rasa
gula - sedikit sahaja
sawi - ambik setengah, potong sederhana kecil
Cara-caranya :)
1. tomeh bawang putih bersama bawang besar dengan sedikit minyak hingga kekuningan.
2. kemudian masukkan serbuk cili yg telah dibancuh tadi, kacau bagi pecah minyak, jika kering masukkan sedikit air.
3. masukkan ayam/daging bagi keluar air ayamnye.. baru sedap..
4. masukkan sos tiram dan kicap manis dan air untuk kuah, sekali tu masuk la perencah hilal,, dah rase macam mendidih sikit baru masukkan kentang yang direbus, sambil tu kacau2 la.
5. kemudian masukkan lobak merah, garam dan sedikit gula dan telur, tunggu hingga mendidih.
6. dah rasa likat2 sikit kuahnya dan sedap haa baru tutup api dan terus masukkan sawi tadi.
7. siap untuk dimakan. Selamat mencuba ^__^ senang je kan.

saya guna spaghetti kat sini xde mee.. huhu